Hati-hati dengan perkataan ISRAEL...

Hati-hati!!Mulai sekarang jangan anda menuliskan kata- kata yang 6 huruf iaitu ISRAEL di WALL FB, di Status FB, di Note FB atau ketika mengupload apa saja, kerana secara automatik anda akan terus masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE:
http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Cuba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu padahal mereka tak bermaksud untuk menyertainya.Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah meng'LIKE' tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar kerana jumlah anggota mereka setiap jam bertambah.Jika kita menulis nama negara itu maka maklumat itu akan di direct ke page israel dan dipantau oleh mereka disana, semua posting yg mengandungi kata israel ada disana juga.Sebarkan message ini ke saudara-saudara kita yang lain kerana kita bukan pengikut "the real terrorist".

Tolong sebarkan...

syukron.
Read more ...
Angelika...nice song..

Angelika - Tanya Pada Siapa

*Tanya sama pokok, Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang, Ada monyet yang goncang
Lagilagi duka, Lagilagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia, Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata, siapa yang harus disalah

Ulang * (2x), ulang , ulang #, ulang * (2x)


Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa, mengapa, kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku, pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku, kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti


Read more ...
IBU
 

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal.

Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.Mak tau tak,itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.Dan itu juga terakhir kalinya.Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh,nak tinggal kan anak2 mak,nak tinggal kan dunia fana ni.Mak macam dah sedia.Seminggu sebelum tu mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tu tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.Kakak pun rasa hairan,mak tak penah buat gitu.Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam,kengkadang siaran indonesia.Mak terus tekun menganyam.Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan.Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih pastu mak jemur karpet-karpet.Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain,mak biarkan ruang tu kosong.Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak ada kat dalam almari,ada kat dalam dalam beg,ada dalam ASB,ada kat dalam Tabung Haji,mak cakap tak berapa cukup lagi,ada kat dalam gulung tikar.Masa tu mak perasan takk?kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar.Kiter kata mak ni memang pesen lama la,mak cuma gelak jer,eeemmm...bahagia nya saat itu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.Bila malam tu kiter sampai dari KL mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk  tapi mak tetap takmau pi hospital dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.Mak kata mak takmau duduk dalam hospital tapi kiter berkeras juga pujuk.Nanti di hospital ada doktor,ada ubat untuk mak.Dekat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.Mak tetap tak bersetuju,mak memang degil,tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk,mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit,kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.

Mak.....
Ampunkan kami semua,kami nak mak sehat,kami sayang mak,kami tak mau mak sakit,kami terpaksa juga hantar mak ke hospital,ampun kan kami yer mak.

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter.Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta.Mak asyik tanya ajer,cukup ker duit?kiter jawab pula kalau tak cukup, mak kan banyak duit,mak gelak ajerr.Lepas tu bila kereta kiter sampai,mak buat kenduri kesyukuran.Dan kiter masih ingat lagi bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor,punya la kiter takut,kiter warning kakak kiter jangan sesekali bagitau kat mak.Bila balik sahaja kampong,kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.Tapi mak perasan juga bumper depan kemek,mak tanya kenapa?Selamba jer kiter jawab terlangar pokok bunga.

Mak....
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau.Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar.Mak, kiter menipu mak kan,ampon kan kiter.

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006,bila tiba aja kat hospital,nurse tengah balut mak dengan kain putih.Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital.Mesti mak nampak abang cium dahi mak.Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu.Mesti mak nampak semua tu kann...kann...kannn.Mak tau tak,pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar.Adik kat sebelah diam melayan perasann.Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini.Jalan di depan terasa makin kelam,airmata dah tak mampu di tahan.Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela.Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang dan kosong,sekosong hati ini.Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya,terasa syahdu dan sayu...dinginnn...

Mak......
Kiter masih ingat lagi,Kiter baca Al-Quran kat tepi mak temankan mak.Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .Anak-anak mak yang pangku masa mak mandi.Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.Mak perasan tak..?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.Dia kata..,

"Dik...jangan nangis,kalau sayang mak jangan buat gitu,jangan nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu,lagi la laju airmata ni tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis,kiter nangis ni.Ni kat dlm bilik,baru pukul 4.00 pagi.Takder orang yang bangun lagi,kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih,kiter rindu kat mak....!Takpa la,nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak,mak tunggu ya..!

Mak.....
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya.Semua anak-anak  mak mengelilingi mak,menatap wajah mak buat kali terakhir.Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja.Mak rasa tak masa tu kiter sentuh dahi mak,kiter rasa sejuk sangat dahi mak.Kiter tak mampu nak cium mak,kiter tak daya.Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar.Airmata kiter tak boleh tahan.Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak,tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik,badan akak terasa panas.Mak...anak mak yang seorang tu demam.Mak tau,cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.


Mak.....
Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi.Begitu terasa kehilangan mak,boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata.Dan sampai satu tahap,masa tu malam jumaat selepas maghrib.Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan,entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi,semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung.Mak tauu,kiter cuba bertahan,memujuk diri sendiri tapi tak juga reda.Kiter rasa nak telefon mak,nak cakap dengan mak,anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong.Kiter cakap dengan kakak,kiter nangis lagi.Puas la kakak memujuk kiter.Akak kata..,

"Tak baik la nangis aje..doa lah untuk mak.."

Dan akhirnya akak juga nangis.Mak tau tak,di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati,rasa nyilu sangat,menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma,hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.

Mak....
Cukup la sampai sini dulu.Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu,kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid.Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan,kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak.Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih,pastu kawan kiter bagitau,simpan je buat kenangan.Kiter cuma tau alamat ni aje.Takper yer mak,kiter kasi orang lain baca.Kiter stop dulu sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak....I LOVE YOU SO MUCH...dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter,memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk univesiti....sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas...amin...

Read more ...
Category: Leave a Comment
Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan.Dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu.Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.

"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.

*PLANG*....Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak,ini adalah robot ciptaan ayah,dia akan menampar sesiapa yang berbohong!Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat?

"Maaf ayah,saya baru habis memonton movie di rumah kawan."

"Cerita apa?"

"Cerita Papadom ayah".

*PLANG*....Robot tersebut menampar anaknya lagi.

"Katakan dengan jujur cerita apa?!"

"Maaf ayah,saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.

"Kamu nie...kecil-kecil dah nakal,kamu nak jadi apa bila besar nanti?Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie."

*PLANG*....Samad ditampar oleh robotnya.Suasana hening untuk beberapa ketika.

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata,
 
"Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak."

*PLANG*.....Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya dan semua terdiam.

Read more ...
Pengorbanan Ibu

Sejenak...mari kita selusuri selingkar tragedi untuk muhasabah diri bagi yang masih mempunyai IBU mahupun IBU yang telah aman di alam haribaan Ilahi.

Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat.

Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah,tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat .

Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya.Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya.Dalam saki baki nafasnya itu ia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu.Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu,dada si ibu berombak-ombak,nafasnya tersekat-sekat.Sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis,roh berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian….

P/S:Kisah ini adalah pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat ketika kemalangan ngeri.
Read more ...
Category: Leave a Comment
Dialog dua hantu
Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh...cara aku mati dulu teruk,aku mati dalam peti ais...sejuk!!",Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack.",Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.", Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya...", jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni...Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku.So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?", tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak...",kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...