Kelicikan Yahudi..!!!!
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi,buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad S.A.W?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan so,kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam,makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad S.A.W selain susu dan madu.Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad S.A.W.Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,contohnya coke dan maggi.Coke tu sangatlah beracun,pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi)


6. Untuk pengetahuan,para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas...

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua...
Read more ...
Serangan Charlie..!!!
Makin menjadi-jadi plak serangan cali ni kat kampus aku...abis sume bende di'bius'nye....adessss.....so disini de sdikit info sal cali ni coz da terlampau bengang...nmpk je kecik n cumel tp berbisa....


Charlie - jangan terpedaya dengan namanya yang ala2 mat salleh gitu...
Charlie bukanlah pelawak seperti charlie chaplin mahupun pahlawan sehebat Charlie's Angel. Tetapi makhluk ini merupakan seekor kumbang yang disegani ramai akibat bisa beliau...

Charlie sering menyerang bahagian muka bagi wanita dan dada bagi bahagian lelaki...
Ada epik yang mengatakan, charlie yang menyerang wanita tu dari golongan jantan.hehehe.



  • Apa itu CHARLIE..???
Badannya kecil ramping lampin ala-ala kerengga dan mempunyai kombinasi warna badan yang amat menarik.
Berhati-hati dgn cecair hemolimf yang terkandung di dalam badannya kerana cecair tersebut mengandungi sentuh haiwan yang PALING BERBISA di dunia.

Toksin ini dinamakan "paderin" (C24 H34 09 N) pada tahun 1953.Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada racun ular tedung!!!Binatang ini yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun, masih lagi mempunyai ketoksinannya. Dahsyat nyer!!!

Persentuhan dengan makhluk ini semasa bergerak@tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dematis linearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dematitis' dan sebagainya. Ianya seakan-akan parut kelakian atau kayap.Pada september 2002, wabak ini menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama di Pulau Pinang.


  • Hapuskan CHARLIE :
Kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam.
1. Tutup atau kurangkan lampu dan tutup semua pintu/tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.(lebih kurang kol 6.30-8.30mlm camtu)
2. Gunakan jaringan nyamuk yang halus
3. Gunakan semburan aerosol serangga, perangkap berpelakat
4. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/lampu(jadi vampire kejap)
5. Jangan pukul kumbang yang terdapat pada badan. Tiup jer biar dia stay away slow2.

Kalau dah tersentuh ngan binatang ni, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.

Last skali, Berdoa jer ler...akekke..


BIODATA (mengikut I/C:)

Rove Beetle
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.
Birthday : lupa nak tanya..



MAKLUMAT TAMBAHAN:

Nama Cali amat misterius sekali kerana setakat ini kerana tiada rekod ditemui berkenaan asal usul nama Cali dalam kalangan masyarakat Melayu. Adalah Cali merupakan bakal menjadi lagenda suatu hari nanti? ahakz!



NOTA:
Kesakitan digigit charlie boleh diibaratkan seperti direject seseorang yang diminati tatkala menyatakan perasaan cinta di hadapan khalayak ramai melalui nyanyian yang amat sumbang di hadapan Megamall Penang dengan pengunjungnya yang ramai duk tunggu teksi. Amat pahit bukan?
 

Read more ...
Ibu @ Bayi?
 
Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. 

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal.Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. 

"Jadi bagaimana doktor ...?"tanya si suami.

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."kata doktor.

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.
 
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, 

"Doktor,saya sangat bingung.Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya. Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh  mempengaruhi keputusan disaat genting. Seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar,keduanya adalah pilihan yang sukar,tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan  si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.Doktor muslim akan berjuang  menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan selamatnya si Ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
Di pejabat, pada masa lunch break, ada pilihan lagi.Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
Setelah habis waktu bekerja adakah terus ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?

Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
Hidup mulia disisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Read more ...
Islam dan Sains
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa  para hadirin memikirkan  sejenak  dengan  hadith  yang  maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri   kamu   ada  kebesaran  Tuhan".  Doktor  menyuruh  kita  melihat kedua  tapak  tangan  dan  perhatikan  garis-garis  di  tapak  tangan kita.Garisan-garisan  di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan  tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara Makan :

Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,  beliau  akan  menggaulkan  lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian  membiarkan  sebentar,  lalu  Rasullah  saw akan mengambil sedikit garam  menggunakan  jari  kecilnya(yg  last  tu),  lalu  Rasullah  saw akan menghisap  garam  itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!Mengapa?  Kerana  kedua  belah  tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini  adalah kerana  enzim  yg  ada  di  tangan  kanan  itu  merupakan enzim yang  dapat menolong  proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah  yg  diperlukan  oleh  badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah  sama  dgn  satu  liter  air  mineral.  Kita berasal dari tanah maka lumrahnya   bahan  yang  asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga  adalahpenawar  yang  paling  mujarab  bagi  keracunan,  mengikut  Dr,dihospital-hospital,  the  first  line  of  treatment  for poisoning adalah dengan  memberi  Sodium  Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah Mengunyah :

Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita  senang memproseskan makanan itu.

3.  Membaca Basmalah  (Bismillahirrahma  Nirrahim) :

Membaca Basmalah  sebelum  makan  untuk  mengelakkan  penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria  dan  racun  akan  musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.  Janganlah  kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri  kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas  sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas  dan  menghembuskan  nafas  dari  hidung kita. Kerana apabila kita hembus,  kita  akan  mengeluarkan  CO2  iaitu  carbon dioxide, yang apabila bercampur   dgnairH20,   akan  menjadi  H2CO3,  i!aitu  sama  dengan  cuka,menyebabkan  minuman  itu  menjadi  acidic.  Jangan  meniup  air  yg panas, sebabnya  sama  diatas.  Cara  minum,  seteguk  bernafas,  seteguk bernafas sehingga habis.

4. Sebatan :

Mengapa  Islam  menyuruh  di  sebat  100  kali  orang  belum berkahwin  yang  berzina,  dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang  berzina?  Badan  manusia  akan  mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik  yg  dapat  melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang  belakang,  berdekatan  dengan  sum-sum  tulang manusia. Lelaki yang belum  berkahwin  dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki  yang  sudah  berkahwin  hanya  dapat  menghasilkan  10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan  suami  isteri. Jadi  apabila  lelaki   yang belum  berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah  kerana  apabila  dia  disebat  di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan  virus  HIV  jika  ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan  virus  HIV  itu.  Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat  100  kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan  itu  hukumannya  direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian.

5.Ka'bah : 

Ka'bah.  Mengapa ia terletak di Mekah  al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).  Ia terletak di posisinya  sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul  di  tengah  bumi.  Mengapa  ia  empat persegi, ia melambangkan perpaduan  ummah  yang  bergerak  maju!  bersama, equality and unity, tidak seperti  bentuk  pyramid,  dimana  ia  diumpamakan,  seperti  hanya seorang pemenang  yg  berada diatas  setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi  sebab  mengapa  4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi  dan  Syafi'i,  melambangkan  kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...