Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya,

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?",demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab, 
 
"Sebab aku lelaki."
 
"Aku tidak mengerti",anak perempuan itu berkata sendirian dengan kerut-kening kerana jawapan tadi membuatnya termenung rasa kebingungan.
 
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelai rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan,
 
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.",demikian bisik Si ayah yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
 
 Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya,
 
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?.
    
Ibunya menjawab,
 
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
 
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
 
 "Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

 "Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
 
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
 
"Ku berikan keperkasaan dan mental waja yang akan membuat dirinya pantang menyerah demi keluarganya dan merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semuaorang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
 
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

 "Kuberikan perasaan cekal dan gigih berusaha  demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam apa jua suasana dan situasi walaupun acap kali anak-anaknya melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
 
 "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
 
 "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk  memberikan pengetahuan dan menyedarkanmbahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah  isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

 "Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga  bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan,  bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

  "Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga  agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
 
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan  berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
 
 "Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."



✍...Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya... Amin.

Read more ...
Category: Leave a Comment
Mencari Yang Sempurna

Ini kisah pertemuan dua orang sahabat yang sudah berpuluh tahun terpisah.Mereka telah berbual dan bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dahulu, namun pada akhirnya bertukar kepada kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. 

"Sejujurnya sampai sekarang ini aku masih mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu  di Utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik dan amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untuk aku dan sesuai dijadikan teman hidup. Namun selepas itu pada masa bercinta-cintaan baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ".

"Di Ipoh aku bertemu seorang wanita yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu,ia mempunyai tingkah laku yang kurang baik dan tidak bertanggung jawab".

"Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi apabila aku mengetahui dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang aku tidak mampu penuhinya. Akhirnya kami berpisah!!!".

"Aku terus mencari, namun selalu terdapat kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup aku yang ditetapkan oleh Tuhan untuk aku".

"Lalu..?...Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?",sergah temannya yang dari tadi tekun mendengar.

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, 

"Baru sekarang aku tahu bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".



✎..Moral of the story :

Tidak ada apa yang sebegitu sempurna di mata manusia walaupun hakikatnya Allah menciptakan sesuatu itu dengan cukup cantik dan sempurna.Jadi janganlah mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita akan mendapatkan yang lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang. Kalau kita mahu mencari yang sempurna, lihat dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain?..adakah sudah tertunai hak-Nya yang maha sempurna?...Fikir-fikirkan.



Read more ...
Kisah Kek Pisang
 
Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya bergilir-gilir menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah.

Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. 

"Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya.

Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. 

"Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa.

Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.

"Tak usahlah....." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu.

Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. 

"Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.

Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk.

"Buat apa kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!"

Saya terus membisu.Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah.

"Jangan lupa bang,belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. 

Di pejabat saya termenungpanjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan.Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. 

"Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. 

Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yangkami bualkan.

Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tibadi Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu.

Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00,bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang diatas meja. Langkah saya terhenti.

Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu.Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidakminta apa-apa.

Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu.Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah.

"Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara. 

Dinihari itu,saya menerima panggilan telefon dari Hospital Teluk Intan.

"Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian.

"Dia meninggal 5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam."

Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan.Isteri datang menerpa. 

"Kenapa bang?" 

Saya hanya menggeleng-geleng,agak lama baru mampu memberitahunya,

"Ayah dah tak ada!" 

Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangisberbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran.

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagi dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada.Apabila sudah tiada,menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi.


Kepada pembaca yang masih ada ayah,jagalah perasaan seorang tua.Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.

Read more ...
Kisah Penampar
 
Pengajaran dari satu penampar : Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan :

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab  mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. 
 
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? 
 
Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam abadi.'


Read more ...
La Usurpadora


 
Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni takdak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya di dalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri.

"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu," kata Awang.

 "Cek risaulah kat mak,"sampuknya lagi.

 "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya.

 "Lagipun bukan senang nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo," kata maknya bangga.

 "T.Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana," kata Awang janji kat mak dia.

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu.

 "Wah selesanya,"kata Awang.

 "Aku mesti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni,"bisik Awang.

Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpa.

 "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca,"kata Awang mengklentong mak dia.

 "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca?Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu,"kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.

Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai termonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll.

Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudlah Cik Kiah dengan semua benda-benda tu.

 "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org",Bisik Cik Kiah.

 "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia," bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik.

 "Ni ha dia api dalam kaca tu",kata Awang sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah.

 "Eh baik-baik sat ni meletup pulak kaca tu,"kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona.

 "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam," kata Awang meyakinkan mak dia.

 Oh kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab.

 "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni,"kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.

 "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ," kata Cik Kiah tak sabaq sabaq.

 "Tu ha, ayaq dalam besi tu,"tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia.

 "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo," kata Cik Kiah semakin bangga.

 Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti.

 "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la," kata Awang.

 "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni," jawab Cik Kiah.

Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja.

 "Ha, mak dah sembahyang ka?" tanya Awang.

 "Dah,"jawab Cik Kiah.

 "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau," tanya Cik Kiah lagi.

 "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la "tanya Awang.

 "Ni apa dia? bukan ka tu telaga kecik? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.

La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam telaga kecik tu ..uwaaaaaaa....
Read more ...
Istimewanya Wanita

☛..Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan haltersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

☛..Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

☛..Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

☛..Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

☛..Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

☛..Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

☛..Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

☛..Barang siapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

☛..Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

☛..Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

☛..Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

☛..Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

☛..Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

☛..Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

☛..Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

☛..Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

☛..Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

☛..Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

☛..Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


"Jadi, janganlah sesekali kamu merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua.” 

Read more ...
Alone
BILA KESEORANGAN SUATU HARI NANTI.....

HARI BERGANTI HARI.KEADAANKU SEMAKIN TENAT.TUBUHKU TERKAKU SEPERTI MAYAT DI ATAS KATIL DI SALAH SEBUAH HOSPITAL YANG AKU SENDIRI TIDAK TAHU MENGAPA AKU DI TEMPATKAN DI SINI.SEBELUM ITU, YANG AKU INGAT, AKU SEDANG MEMANDU KERETA AYAH,LALU BERTEMBUNG DENGAN LORI BALAK.TAPI SELEPAS ITU AKU TIDAK INGAT APA-APA.PANDANGANKU KABUR.TIDAK DAPAT KU PASTIKAN SIAPA ORANG-ORANG YANG BERADA DI SEKELILINGKU.AKU TERASA DADA KU TERAMAT BERAT DAN BAHAGIAN PINGGANGKU SUDAH TIDAK BERASA APA-APA LAGI.DERITA SUNGGUH.NAFASKU SESAK.
 
TIBA-TIBA TANGANKU DI PEGANG KUAT,

"MENGUCAP SAYANG,MENGUCAP,ASYHADUALLAILAHAILLALLAH...",UCAPAN ITU DI BISIKKAN KE TELINGAKU DI SERTAI DENGAN TANGISAN.
 
ITU SUARA IBU.MANUSIA YANG PERNAH MENDODOIKAN DAKU SEMASA KECIL,MANUSIA YANG PERNAH MENYUAPKAN NASI KE DALAM MULUTKU,MANUSIA YANG PERNAH MEMBERI SUSUNYA SERTA YANG PERNAH MEROTANKU KERANA DEGIL.

"BAGAIMANA DENGAN KEADAANNYA DOKTOR?",AKU AMATI SUARA ITU.PASTI ITU SUARA ABANG. MUNGKIN ABANG BARU SAMPAI. 

"TENAT",JAWAB DOKTOR DENGAN RINGKAS.

"ITU KATA DOKTOR BANG, JANGAN BERSERAH KEPADA TAKDIR SAHAJA.KITA PERLU USAHA",KATAKU DI DALAM HATI.

SUDAH SEMINGGU AKU TERLANTAR DI WAD INI,KENAPA BARU SEKARANG ABANG MENJENGAH?DATANG LAH KE SINI,AKU INGIN BERBICARA DENGANMU. DATANGLAH.TAPI MATAKU SEMAKIN GELAP.ADAKAH AKU SUDAH BUTA? TIDAK!!!!AKU TIDAK MAHU BUTA.AKU MASIH INGIN MELIHAT DUNIA INI.

"SABARLAH DIK,BANYAK-BANYAK INGATKAN ALLAH."

ABANGKAH YANG BERSUARA ITU? APA YANG AKU TANGGUNG INI TIDAK SEMUDAH YANG KAU LAFAZKAN, ABANG. TOLONGLAH ADIKMU INI.TOLONG BUKAKAN MATAKU. 

"TEKANAN DARAHNYA AMAT RENDAH". SAYUP SAYAP KEDENGARAN SUARA DOKTOR.

KEDENGARAN JUGA IBU MENANGIS TERESAK-ESAK.IBU,KAU HANYA MAMPU MENANGIS SAJA.DAN BILA TIBA SAATNYA,KITA AKAN BERPISAH.TAPI,IBU.....AKU TIDAK MAHU BERPISAH DENGANMU. TOLONGLAH IBU,SELAMATKAN LAH DAKU.

"YASSIN......",BACAAN YASSIN TERNGIYANG-NGIYANG DI TELINGAKU.

AKU TAHU ITU SUARA ABANG.TETAPI KENAPA AKU DI PERDENGARKAN DENGAN SUARA ITU?APAKAH AKU SUDAH MENGHAMPIRI MAUT?AKU TAKUT!!!SEDETIK LAGI SAKARATUL MAUT DATANG.SEDETIK LAGI IZRAIL DATANG.SEDETIK LAGI MALAIKAT MAUT DATANG.AKU DI AMBANG SAKARATUL MAUT..AKU SEMAKIN TEGANG DAN SEMAKIN SENDAT NAFAS DI DADA.KETIKA ITU,AKU TIDAK INGAT APA-APA LAGI.AKU TIDAK KENAL SESIAPA DI SEKELILINGKU.TAPI YANG PASTINYA SEKARANG, AKU BERDEPAN DENGAN SAKARATUL MAUT.

"TOLONG IBU,TOLONGLAH AKU,AKU TAKUT",RINTIHKU.

TAPI RINTIHAN KU TIDAK DI PEDULIKAN. APA MEREKA SEMUA SUDAH PEKAK? AKU DI LAMBUNG RESAH,GELISAH DAN PENUH KESAH.KELUHAN DAN RINTIHAN. 

"PANAS,DAHAGA,HAUS,PANAS...",TAPI TIADA SIAPA PUN YANG PEDULI.
 
NENEKKU DATANG,

"NENEK...",KU MEMANGGIL.

"KAU DAHAGA CU,KAU LAPAR CU,MAHU AIR?INI GELAS PENUH AIR MADU,KALAU CUCU MAHU MASUK SYURGA,MINUM AIR INI",KATA NENEK.

"IBU..",PANGGILKU.

IBUKU DATANG, IBU MENGGOYANGKAN BUAH SUSUNYA.

"INI IBUMU.AIR SUSU INI MEMBESARKANMU,NAK.BUANGKAN ISLAM,MATILAH DALAM AGAMA YAHUDI.",KATA IBU.

"AYAH..KAU DATANG AYAH...",AKU BERSUARA.

"MATILAH DALAM AGAMA YAHUDI ANAKKU.MATILAH DALAM AGAMA NASRANI .ITULAH AGAMA YANG MEMBANTU KAU MASUK KE SYURGA",KATA AYAH.

NENEK,IBU,AYAH,SUARA KAU KAH TADI?KENAPA KAU BERUBAHLAKU?ATAU SUARA SYAITAN YANG INGIN MEMURTADKAN AKU?

"MENGUCAP SAYANG,MENGUCAP.ASYHADUALLAILAHAILLALLAH..",UCAPAN ITU DI AJUKAN SEKALI LAGI KE TELINGAKU.

ITU SUARA IBU.TAPI LIDAHKU SUDAH MENJADI KELU.MANUSIA-MANUSIA BERJUBAH HITAM DATANG.

"MARI IKUT KAMI",KATA MANUSIA BERJUBAH HITAM.

MANUSIA-MANUSIA BERJUBAH HIJAU DATANG MEMBAWA BERSAMANYA PAYUNG HIJAU. 

"MARI IKUT KAMI",KATANYA.

CAHAYA PUTIH DATANG.DATANG KILATAN HITAM.DATANG SINARAN KUNING.CAHAYA MERAH DATANG.

"APA INI,APA INI?",TANYAKU DALAM KEBINGUNGAN.

"AKULAH SAKARATUL MAUT.......!!!",KEDENGARAN SATU SUARA.
 
KEDINGINAN MENJALAR,MERAYAP PERLAHAN-LAHAN DARI HUJUNG KAKI KE HUJUNG RAMBUT DAN KINI SELURUH JASADKU DI SELIMUTI SEJUK.DAN KEMUDIAN DATANGLAH MALAIKAT MAUT DI HUJUNG KEPALAKU. 

"HAI JIWA YANG KEJI,KELUARLAH DARI KEMURKAAN ALLAH."

AKU TERSENTAK.ROH KU BERSELERAK DI DALAM TUBUHKU. LALU,INNALILLAHIWAINNAILAIHI RAJIUUN....MALAIKAT-MALAIKAT YANG MENUNGGU SESAYUP MATA MEMANDANG DAN MENGHEMBURLAH BANGKAI YANG SEBUSUK-BUSUKNYA. TIBA-TIBA BAU BUSUK MENUSUK KE HIDUNGKU,SEPERTI BAU SAMPAH YANG AMAT BUSUK.

"APA YANG BUSUK NI?TAK ADAKAH ORANG YANG MENGANGKAT SAMPAH HARI INI?AH,BUSUKNYA,HANYIRNYA,HANCINGNYA,"RUNGUTKU.

"ASSALAMUALAIKUM",SEORANG LELAKI MEMBERI SALAM.

"SIAPA YANG MEMBERI SALAM ITU?",KATAKU.

"AKU",JAWAB LELAKI ITU.

"KAU SIAPA WAHAI PEMUDA?",TANYAKU.

SEORANG LELAKI TERCEGAT DI HADAPAN KATILKU.AKU TIDAK PERNAH MELIHAT ORANG YANG SEHODOH,SEKOTOR,DAN SEBUSUKNYA DI DUNIA INI.RAMBUTNYA YANG TIDAK TERURUS,BAJU YANG DI PAKAI BERLUMUT HIJAU, KUNING, COKLAT DAN ENTAH APA-APA WARNA LAGI,DARI LUBANG HIDUNG, TELINGANYA DAN MULUTNYA TERDAPAT NANAH DAN DARAH PEKAT KELUAR.TANPA DI PEDULIKANNYA.JIJIK,LOYA,AKU RASA TERAMAT LOYA MELIHATNYA.
 
"KAU TAK KENAL AKU?",TANYA LELAKI ITU.

"TIDAK,MANA MUNGKIN AKU KENAL KAU SEHODOH DAN SEJIJIK INI",JAWABKU TEGAS.

"AKU SAHABATMU,KAU YANG MEMBUAT AKU HARI-HARI",KATA LELAKI ITU.

"BOHONG!",AKU MENJERIT SEKUAT HATI.

BIAR SEMUA PENGHUNI WAD INI MENDENGARNYA. 

"AKU TAK KENAL ENGKAU!LEBIH BAIK KAU PERGI DARI SINI",TENGKINGKU.

"AKULAH AMALANMU YANG KEJI",JAWAB LELAKI ITU.

AKU TERDIAM.AKU TIDAK MAMPU BERKATA APA-APA LAGI.YA! AKU TERINGAT KINI,SEMUANYA TELAH PERNAH KU DENGAR DAN KU PELAJARI DULU.SEGALA DOSA DAN KEBURUKAN YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA,AKAN DI JELMAKAN DALAM SEBAGAI SUATU MAKHLUK YANG TERAMAT HODOH DI HADAPAN KITA DI ALAM BARZAKH NANTI. OH TUHAN,AKU BANYAK DOSA.AKU MEMANG LALAI,CUAI DAN LUPA DENGAN SEGALA NIKMAT YANG TELAH KAU KURNIAKAN.SOLATKU KERANA KAWAN,DAN BUKANNYA IKHLAS KERANA ALLAH.PERGAULANKU BEBAS,TAK KENAL MUHRIM ATAUPUN TIDAK.TAPI ITU SEMUA TELAH BERLALU DAN DAN SUDAH TERLAMBAT UNTUK BERTAUBAT.APA YANG AKU HARUS LAKUKAN!!!

SURAH YASSIN YANG ABANG PEGANG DI LETAKKAN DI ATAS DAHIKU.AKU MELIHAT KAKLONG DAN KAK NGAH MENANGIS.AKU JUGA LIHAT MATA ABAH BENGKAK.TIBA-TIBA BADANKU DI SIRAMI AIR.AIR APA INI?

"TOLONG...SEJUK!!!!KENAPA AIR INI BERBAU AIR KAPUR BARUS.TOLONG JANGAN TEKAN PERUTKU DENGAN KUAT,SAKIT!!!!KENAPA RAMAI ORANG MELIHAT AKU?AKU MALU...MALU...MALU...!!!",KU MEMEKIK.
 
AKU DI USUNG KE SUATU RUANG.AKU LIHAT KAIN PUTIH DIBENTANGKAN LALU DILETAKKANNYA AKU DI ATAS KAIN PUTIH ITU.KAPAS DI BUBUH DI CELAH-CELAH BADANKU.LALU AKU DI BUNGKUS SATU DEMI SATU DENGAN KAIN ITU. 

"NANTI, TUNGGU!!JANGAN BUNGKUS AKU.KENAPA KALIAN SEMUA BUAT AKU MACAM INI?TOLONG RIMAS....PANAS...",TERIAKKU LAGI. 

KEMUDIAN AKU DI LETAKKAN DI SUATU SUDUT.BEBERAPA ORANG TERMASUK TOK IMAMMENYEMBAHYANGKANKU. KELIHATAN AYAH DAN ABANG BERADA DI SAF YANG PERTAMA.TAPI KENAPA AKU DI SEMBAHYANGKAN? BUKAN KAH AKU BOLEH SEMBAHYANG SENDIRI? AKU TERINGAT KATA-KATA USTAZKU DAHULU. "SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN". DAN KINI BARU AKU SEDAR AKU SUDAH TIDAK MAMPU LAGI UNTUK MENGANGKAT TAKBIR,RUKU',SUJUD DAN TAHIYYAT. AKU DI ANGKAT PERLAHAN-LAHAN KEMUDIAN DI LETAKKAN DI DALAM KOTAK KAYU. KOTAK APA INI?AKU DI USUNG OLEH ENAM ORANG TERMASUK AYAH DAN ABANG.AKU DI USUNG SETAPAK DEMI SETAPAK.

"AL-FATIHAH!"KEDENGARAN SUARA TOK IMAM.

KELIHATAN IBU,KAK LONG,KAK NGAH DAN LAIN-LAIN MENGEKORI DI BELAKANG.TAPI KEMANA DIA BAWANYA AKU?NUN JAUH DI SANA,KELIHATAN TANAH PERKUBURAN KAMPUNGKU.KE SITUKAH AKU DIBAWANYA?TOLONG TURUNKAN AKU,AKU TAKUT!!!. SETIBANYA DI TANAH PERKUBURAN, KELIHATAN SATU LIANG YANG BESAIZ DENGAN JASADKU.BEBERAPA TANGAN MEMEGANGKU, DAN AKU DI TURUNKAN KE DALAM LIANG ITU. 

"PERLAHAN-LAHAN",AKU TERDENGAR SUARA TOK IMAM MEMBERITAHU.

"TOLONG KELUARKAN AKU DARI SINI!AKU SERAM!!!",AKU MENJERIT KETAKUTAN.

KINI AKU BERADA DI DALAM LIANG SEDALAM ENAM KAKI.SEDIKIT DEMI SEDIKIT PASIR DAN TANAH MENUTUPIKU. 

"TANAH APA INI?.ADUH SAKITNYA BADANKU DI TIMBUSI TANAH",TANYAKU KEBINGUNGAN.

"INNALILLAHIWA INNAILAIHI RAJIUUUN...DARI ALLAH KITA DATANG,DAN KEPADA ALLAH JUALAH KITA KEMBALI",KEDENGARAN BACAAN TALKIN DARI TOK IMAM.

"SESUNGGUHNYA MATI ITU BENAR ALAM BARZAKH ITU BENAR,SIRATUL MUSTAQIM ITU BENAR,SYURGA DAN NERAKA ITU JUA BENAR...",SAYUP SAYAP AKU TERDENGAR TOK IMAM TERUS MEMBACA TALKIN,TETAPI MAKIN LAMA MAKIN HILANG DARI PANDANGANKU.
Read more ...
Maaf vs Curang
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi akan merasakan perasaan itu, dapat memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah ada insan yang sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan setiap insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang akan menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari.Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut.Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

Apakah yang patut kita lakukan bagi memaafkan kecurangan?

✔.Fikir secara rasional. Jika seseorang itu kembali hadir dalam hidup anda dan meminta maaf, jangan buat keputusan yang terburu-buru. Bagitahu mereka anda perlukan masa untuk fikirkannya dan anda pasti akandapat memaafkannya.

✔.Ambil sedikit masa dari hari anda. Pastikan anda berseorangan, dan dalam persekitaran yang anda rasa selesa. Menangis jika perlu. Fikirkan kesalahan yang dilakukan olehnya dan pastikan anda boleh percaya dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama atau tidak. Jika anda rasa anda boleh terima, tentukan tahap hubungan anda dengan dia. Pastikan anda sedar dan berfikir seperti berikut:

☛Normal bagi kita untuk berasa marah atau sedih. Tetapi jika anda ingin memaafkan seseorang dan kembalikan kepercayaan anda terhadap mereka, endahkan perasaan anda. Ia akan lebih mudah untuk memaafkan seseorang jika anda kurang berfikir secara negatif terhadapnya.

✔.Hubungi orang tersebut.Ia adalah lebih baik jika anda berkomunikasi secara berhadapan atau sekurang-kurangnya melalui telefon. Bercakap dengan mereka tentang apa yang terjadi, kenapa anda membuat keputusan untuk memaafkan mereka, dan beritahu anda memberikan kepercayaan anda kepada mereka sekali lagi.

✔.Lakukan secara perlahan-lahan. Berjumpa dan berbicaralah dengan mereka beberapa kali. Jangan ungkit perkara yang lama.


JANGAN BERSEDIH…REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!
Read more ...
Category: Leave a Comment
"Aishiteru"...(愛してる).
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dalam acara pernikahan yang sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Satu acara yang luar biasa dan sungguh meriah.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka saling mencintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya,

"Sayang,aku baru membaca sebuah artikel dalam sebuah majalah tentang bagaimana hendak memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.Kita akan mencatatkan perkara yang kurang kita sukai tentang pasangan kita. Kemudian, kita akan membahaskan bagaimana kita akan mengubah perkara tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia."

Suaminya bersetuju dan mereka berjanji tidak akan tersinggung dengan segala perkara yang dicatat demi kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk tidur berasingan dan mencatat segala apa yang terlintas dalam benak masing-masing.Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membicangkannya.

"Aku akan mulakan dulu ya", kata isteri. 

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat.Ketika ia mulai membacakan satu persatu perkara yang tidak dia sukai tentang suaminya,ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir,

"Maaf, apakah aku harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak,teruskan..."jawab suaminya.

Lalu si isteri terus membacakan semua yang tersenarai.Setelah habis membaca kesemuanya,si isteri kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan suaminya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna,dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri.Engkau cantik dan baik bagiku. Tidak satu pun dari peribadimu yang kurasakan kurang. "

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati si suami kerana sanggup menerimanya seadanya.Ia menunduk dan menangis.

::Dalam hidup ini,banyak kali kita merasa dikecewakan dan sakit hati.Sesungguhnya,tak perlulah kita menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut.Hidup ini penuh dengan keindahan,kegembiraan dan pengharapan.Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima disekeliling kita?Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan hal yang buruk.Be thankful of what you have...shiniteruyo...❤..
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...