"Aishiteru"...(愛してる).
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dalam acara pernikahan yang sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Satu acara yang luar biasa dan sungguh meriah.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka saling mencintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya,

"Sayang,aku baru membaca sebuah artikel dalam sebuah majalah tentang bagaimana hendak memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.Kita akan mencatatkan perkara yang kurang kita sukai tentang pasangan kita. Kemudian, kita akan membahaskan bagaimana kita akan mengubah perkara tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia."

Suaminya bersetuju dan mereka berjanji tidak akan tersinggung dengan segala perkara yang dicatat demi kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk tidur berasingan dan mencatat segala apa yang terlintas dalam benak masing-masing.Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membicangkannya.

"Aku akan mulakan dulu ya", kata isteri. 

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat.Ketika ia mulai membacakan satu persatu perkara yang tidak dia sukai tentang suaminya,ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir,

"Maaf, apakah aku harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak,teruskan..."jawab suaminya.

Lalu si isteri terus membacakan semua yang tersenarai.Setelah habis membaca kesemuanya,si isteri kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan suaminya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna,dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri.Engkau cantik dan baik bagiku. Tidak satu pun dari peribadimu yang kurasakan kurang. "

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati si suami kerana sanggup menerimanya seadanya.Ia menunduk dan menangis.

::Dalam hidup ini,banyak kali kita merasa dikecewakan dan sakit hati.Sesungguhnya,tak perlulah kita menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut.Hidup ini penuh dengan keindahan,kegembiraan dan pengharapan.Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima disekeliling kita?Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan hal yang buruk.Be thankful of what you have...shiniteruyo...❤..
Category:

1 comments:

yunieyusoff said...

sedeynyeee...so blajar tuk terime seadanya org yg kite syg...

Post a Comment

Pecah kaca atas simen...Sudah baca sila komen,
Atas simen banyak telur...Sudah komen sila la follow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...