Serangan Charlie..!!!
Makin menjadi-jadi plak serangan cali ni kat kampus aku...abis sume bende di'bius'nye....adessss.....so disini de sdikit info sal cali ni coz da terlampau bengang...nmpk je kecik n cumel tp berbisa....


Charlie - jangan terpedaya dengan namanya yang ala2 mat salleh gitu...
Charlie bukanlah pelawak seperti charlie chaplin mahupun pahlawan sehebat Charlie's Angel. Tetapi makhluk ini merupakan seekor kumbang yang disegani ramai akibat bisa beliau...

Charlie sering menyerang bahagian muka bagi wanita dan dada bagi bahagian lelaki...
Ada epik yang mengatakan, charlie yang menyerang wanita tu dari golongan jantan.hehehe.



  • Apa itu CHARLIE..???
Badannya kecil ramping lampin ala-ala kerengga dan mempunyai kombinasi warna badan yang amat menarik.
Berhati-hati dgn cecair hemolimf yang terkandung di dalam badannya kerana cecair tersebut mengandungi sentuh haiwan yang PALING BERBISA di dunia.

Toksin ini dinamakan "paderin" (C24 H34 09 N) pada tahun 1953.Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada racun ular tedung!!!Binatang ini yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun, masih lagi mempunyai ketoksinannya. Dahsyat nyer!!!

Persentuhan dengan makhluk ini semasa bergerak@tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dematis linearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dematitis' dan sebagainya. Ianya seakan-akan parut kelakian atau kayap.Pada september 2002, wabak ini menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama di Pulau Pinang.


  • Hapuskan CHARLIE :
Kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam.
1. Tutup atau kurangkan lampu dan tutup semua pintu/tingkap semasa epidemik kumbang tersebut.(lebih kurang kol 6.30-8.30mlm camtu)
2. Gunakan jaringan nyamuk yang halus
3. Gunakan semburan aerosol serangga, perangkap berpelakat
4. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/lampu(jadi vampire kejap)
5. Jangan pukul kumbang yang terdapat pada badan. Tiup jer biar dia stay away slow2.

Kalau dah tersentuh ngan binatang ni, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.

Last skali, Berdoa jer ler...akekke..


BIODATA (mengikut I/C:)

Rove Beetle
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.
Birthday : lupa nak tanya..



MAKLUMAT TAMBAHAN:

Nama Cali amat misterius sekali kerana setakat ini kerana tiada rekod ditemui berkenaan asal usul nama Cali dalam kalangan masyarakat Melayu. Adalah Cali merupakan bakal menjadi lagenda suatu hari nanti? ahakz!



NOTA:
Kesakitan digigit charlie boleh diibaratkan seperti direject seseorang yang diminati tatkala menyatakan perasaan cinta di hadapan khalayak ramai melalui nyanyian yang amat sumbang di hadapan Megamall Penang dengan pengunjungnya yang ramai duk tunggu teksi. Amat pahit bukan?
 

Category:

3 comments:

nina ricci said...

awkkkkkkkk!!!thanks bg info pasal charliee ni!!first time dpt info sal menantang niiii...waaaaa...dr duk penang sgt berhati2 dr serangan charlie ni, tp setelah 3 thun menetap di melaka, buat kali pertama sy diserang charlie yg berkelahiran melaka ni...waaa..cakitt...mencikkk!!!mencik charlie!!!!!

aku sape? said...

emmm.......kte sme2 pnh mnjd mgse menatang yg comei ni...hahaha...kcl2 cili api...pas ni ht2 la k...

Anonymous said...

sedang mengalami ..

Post a Comment

Pecah kaca atas simen...Sudah baca sila komen,
Atas simen banyak telur...Sudah komen sila la follow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...