Kita Yang Terlupa

Pakaian mencerminkan keperibadian.Tetapi kita seringkali alpa, kita terlalu lalai dan kita tidak pernah ambil peduli tentang pakaian yang dipakai untuk 'mengadapNya'. Kita lupa akan hakikat siapa diri kita.Seringkali kita mengadap Allah dengan pakaian yang kita pakai hampir seharian. Pakaian tersebut kadang-kala tidak diketahui sejauhmana kebersihan dan kesuciannya. Bayangkan seharian kita memakainya ke hulu, ke hilir dan kadangkala pakaian tersebut menyapu jalanraya kerana terlalu labuh mencecah lantai. Jadilah kita bandaraya yang tak bertauliah.

Jauh bezanya dengan keadaan kita ketika menghadiri majlis-majlis keramaian atau kenduri. Dengan keharumannya dan pakaiannya yang tanpa sekelumit pun kesan kotoran degil. Berbeza keadaannya untuk kita mengadap Allah swt. Bahkan kita juga rela memakai telekung yang dipenuhi bintik-bintik hitam umpama jeragat dimuka dengan 'keharuman' yang tersendiri.Hilang keperihatinan tentang kebersihan sebagaimana yang kita laung-laungkan. Sedangkan Islam amat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian.


"Suci itu adalah separuh dari iman"

"Dunia ini adalah tanam-tanaman untuk akhirat"


Category:

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen...Sudah baca sila komen,
Atas simen banyak telur...Sudah komen sila la follow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...