Mutiara Kata


Renungan buat sahabat-sahabat sekalian.

☑ Tidak mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan insan yang salah sebelum           menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

☑ Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka,tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
 
☑ Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
 
☑ Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang!!.

☑ Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
 
☑ Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

☑ Selalu bayangkan diri anda di dalam diri seseorang yang lain.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

☑ Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan lalu yang telah dilupakan.Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

☑ Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Category:

0 comments:

Post a Comment

Pecah kaca atas simen...Sudah baca sila komen,
Atas simen banyak telur...Sudah komen sila la follow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...