Maaf vs Curang
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi akan merasakan perasaan itu, dapat memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah ada insan yang sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan setiap insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang akan menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari.Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut.Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

Apakah yang patut kita lakukan bagi memaafkan kecurangan?

✔.Fikir secara rasional. Jika seseorang itu kembali hadir dalam hidup anda dan meminta maaf, jangan buat keputusan yang terburu-buru. Bagitahu mereka anda perlukan masa untuk fikirkannya dan anda pasti akandapat memaafkannya.

✔.Ambil sedikit masa dari hari anda. Pastikan anda berseorangan, dan dalam persekitaran yang anda rasa selesa. Menangis jika perlu. Fikirkan kesalahan yang dilakukan olehnya dan pastikan anda boleh percaya dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama atau tidak. Jika anda rasa anda boleh terima, tentukan tahap hubungan anda dengan dia. Pastikan anda sedar dan berfikir seperti berikut:

☛Normal bagi kita untuk berasa marah atau sedih. Tetapi jika anda ingin memaafkan seseorang dan kembalikan kepercayaan anda terhadap mereka, endahkan perasaan anda. Ia akan lebih mudah untuk memaafkan seseorang jika anda kurang berfikir secara negatif terhadapnya.

✔.Hubungi orang tersebut.Ia adalah lebih baik jika anda berkomunikasi secara berhadapan atau sekurang-kurangnya melalui telefon. Bercakap dengan mereka tentang apa yang terjadi, kenapa anda membuat keputusan untuk memaafkan mereka, dan beritahu anda memberikan kepercayaan anda kepada mereka sekali lagi.

✔.Lakukan secara perlahan-lahan. Berjumpa dan berbicaralah dengan mereka beberapa kali. Jangan ungkit perkara yang lama.


JANGAN BERSEDIH…REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!
Category:

2 comments:

cik 18 said...

yg pernah merasa saja yg tau macamane peritnyer...

cari Allah...Dialah sebaik-baik tempat berlindung...

aku sape? said...

dat rite cik 18...hny Allah yg dpt mnbri prtolongan...

Post a Comment

Pecah kaca atas simen...Sudah baca sila komen,
Atas simen banyak telur...Sudah komen sila la follow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...